Orang Cina di Terengganu

Terengganu adalah negeri yang didominasi orang Melayu. Sehubunganitu, orang Cina di Terengganu adalah golongan minoriti dengan populasi pada tahun 2010 adalah seramai 26,429 orang, hanya 2.43 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negeri ini. Kebanyakan orang Cina di Terengganu menetap di Kuala Terengganu, iaitu di ibu negerinya dan Chukai di Kemaman iaitu bandar paling selatan di negeri Terengganu yang turut mempunyai komuniti Cina yang besar ekoran perkembangan proses perbandaran disitu yang disebabkan oleh penemuan hasil petroleum dan gas asli.